ARTIKEL

Muhammad Azeem Mohd Fahmi | BERNAMA

Saya bersedia sekiranya berpeluang ke Sukan Olimpik – Muhammad Azeem

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SURABAYA: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi sudah bersedia untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024, sekiranya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilihnya untuk memiliki tiket wild card ke temasya sukan empat tahun sekali itu.

Bagaimanapun atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau akan berlapang dada dan akur dengan keputusan yang akan dibuat badan induk negara berkenaan, jika tidak terpilih untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan berprestij tersebut.

“Jika saya diberi masa sebulan ke Sukan Olimpik (ini), saya bersedia, kalau bukan Sukan Olimpik saya akan sertai Sukma (Sukan Malaysia)…semestinya saya akan berusaha sekerasnya, balik Malaysia berlatih dengan lebih kuat dan juga secara bijak.

“Kalau saya tak berpeluang semestinya saya akan akur, ia keputusan terbaik dari KOM dan Majlis Olimpik Malaysia, saya akan berlapang dada untuk terima,” katanya kepada pemberita selepas beraksi bagi acara pecut 100 meter (m) lelaki di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024, semalam.

KOM akan mengumumkan sama ada memilih Muhammad Azeem atau pelari 400 meter (m) wanita negara Shereen Samson Vallabouy, untuk mengisi tiket wild card ke Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini. 

Pada aksi final pecut 100m lelaki yang berlangsung di Lapangan Atlatik Universitas Surabaya di sini, menyaksikan Muhammad Azeem sekadar meraih pingat perak dengan catatan masa 10.59 saat (s) di belakang pelari tuan rumah Lalu Muhammad Zohri (10.19s).

Pingat gangsa menjadi milik Jaelani Fatah Sidek dari Indonesia, dengan catatan masa 10.59s.

Mengulas mengenai larian hari ini Muhammad Azeem mengakui tidak berada di tahap terbaik, namun bersyukur mampu menamatkan larian dengan selamat. 

Beliau pada masa sama turut berkongsi mengalami beberapa kecederaan kecil sebelum ini, yang memaksanya untuk menjalani proses penyembuhan sejak Februari hingga April lepas.

“Saya bukannya nak bagi alasan, atas trek biasalah sebagai atlet ada akan ada kecederaan kecil, jurulatih sedia maklum dan kesatuan juga maklum, kalau tengok peningkatan di Amerika Syarikat juga agak kurang sebab kejohanan yang saya sertai tak banyak.

“Kami cuma mahu elakkan kecederaan yang lebih teruk, kini saya semakin baik, secara mental dan juga fizikal, 100 peratus lebih baik,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

3,050 kanak-kanak terima manfaat di 110 pusat SeDidik

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti dan peluang