ARTIKEL

Saya selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Calon PSB di Dun Ba’kelalan, Baru Bian selesai mengundi kira-kira jam 1 petang di salah satu pusat mengundi Ba’kelalan, hari ini.

Baru Bian dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya berkata, dia sudah selesai menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi dalam pilihan raya Sarawak.

“Saya ingin mengalakkan semua pengundi agar keluar undi secepat mungkin. Bawa saudara mara pergi bersama. Bersama pilih wakil rakyat yang baharu untuk Sarawak tercinta kita,” katanya.

Dun Ba’kelalan, Baru Bian daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berdepan pertandingan lima penjuru.

Terdahulu, Ahli Majlis Presiden PSB itu, berhasrat mempertahan kerusi Ba’kelalan yang dimenanginya pada 2011 dan 2016 atas tiket PKR.

Beliau ditentang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sam Laya, Peter Asut daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Martin Samuel Labo (PKR) dan calon Bebas, Agnes Padan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan