ARTIKEL

Sayangi diri, hormat orang lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SESI Bual Bicara bertajuk “Kamek Sayang Kitak” telah berjaya diadakan baru-baru ini.

Program ini merupakan salah satu aktiviti utama sepanjang Minggu Aspirasi Kasih anjuran Exco Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS. Program ini ialah inisiatif bersama antara Pertubuhan IKRAM Sarawak, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS.

Matlamatnya adalah untuk meraikan kepelbagaian dalam kalangan mahasiswa serta memupuk nilai kasih sayang, saling menghormati dan semangat perpaduan di kampus.

Panel jemputan terdiri daripada Pegawai Kehakiman di Mahkamah Kuching, Nuraini Ahmad dan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Dr. Zaitul Akmal Abdullah Zawawi.

Dalam sesi tersebut, Dr. Zaitul mengupas isu kesihatan reproduktif yang sering dihadapi oleh remaja dan mahasiswa masa kini.

Antara masalah yang disentuh termasuk kehamilan luar nikah, jangkitan penyakit kelamin dan kekeliruan identiti.

Beliau menegaskan kepentingan kesedaran awal agar mahasiswa lebih bertanggungjawab terhadap tubuh sendiri serta menghormati tubuh orang lain.

Menurut beliau, kesihatan reproduktif bukan sekadar berkisar tentang seks, tetapi meliputi aspek fi zikal, emosi dan sosial yang berkait rapat dengan kesejahteraan diri.

Pendidikan serta kesedaran awal dilihat sebagai kunci utama untuk melahirkan generasi muda yang sihat, berakhlak dan matang.

Sementara itu, Nuraini pula menghuraikan salah faham dalam kalangan remaja terhadap konsep kebebasan sosial. Menurutnya, ramai beranggapan kebebasan bermaksud bebas melakukan apa sahaja, sedangkan makna sebenar ialah keupayaan bertindak selaras dengan norma, tatasusila dan undangundang.

Beliau turut menjelaskan bahawa hubungan seksual antara lelaki dengan perempuan yang belum berkahwin adalah dilarang di bawah undang-undang Syariah di Malaysia dan tiada agama yang membenarkan perlakuan tersebut.

Tambah beliau, hubungan sejenis juga merupakan kesalahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Nuraini turut menegaskan bahawa bagi remaja perempuan berumur 16 tahun ke bawah, hubungan seksual dikategorikan sebagai rogol, walaupun dilakukan atas dasar suka sama suka, kerana undang-undang menetapkan bahawa persetujuan (consent) bagi individu bawah umur adalah tidak sah.

Sesi ini diakhiri dengan pesanan agar mahasiswa lebih celik undang-undang, berakhlak tinggi dan bijak membuat keputusan berasaskan ilmu serta nilai moral yang kukuh. Majlis penutupan disempurnakan oleh Penolong  Pengarah Kanan MKN, Wazi Seman dan turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar Kanan merangkap Timbalan Yang Dipertua IKRAM Sarawak, Tamsir Adimas. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya MKN selaku penaja utama.

BERITA LAIN

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka

Al-Quran panduan bentuk akhlak

Kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan seorang Muslim untuk mendalami kitab suci itu, sebaliknya menjadi permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

BERITA TERBARU