ARTIKEL

SAYFT 2026: Himpunan pemain muda berbakat gegar Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Acara berprestij, Kejohanan Bola Sepak Remaja 2026 anjuran Datus United Football Club Sri Aman akan berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman.

Pengerusi kejohanan, Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, dua kategori dipertandingkan iaitu peringkat umur Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

Menurut Awang Putrayusrie, saingan membabitkan kategori Bawah 14 Tahun akan berlangsung pada 21 dan 22 November.

PENGERUSI…Awang Putrayusrie.

Disusuli aksi yang melibatkan kategori Bawah 16 Tahun bermula pada 28 dan 29 November.

“Kita menjangkakan berlaku pertembungan sengit melibatkan pemain untuk kedua-dua peringkat umur terbabit kelak,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, kejohanan yang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta
beberapa rakan strategik lain seperti
Bintulu Port, Press Metal dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu menghimpunkan 11 pasukan mewakili pelbagai kelab.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Datus United memberitahu, antara kelab yang turut serta ialah Al-Matteen Football Academy, L.A United Football Club Lubok Antu, PFA Odin Academy Kuching, Akademi Bola Sepak GMP Future Betong, Cascara Junior Kuching, SJN Academy Kuching, Axis Kids Kuching, Kelab Sukan Rekreasi Bungin Spaoh, Samarahan Yongboys Football Academy Samarahan, Akademi Bola Sepak Samarahan dan Datus United Football Academy.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU