ARTIKEL

Pemasangan kabel bawah tanah secara haram bagi memintas meter elektrik.

SEB bongkar dua kes kecurian elektrik di Jalan Lapangan Terbang, Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Walaupun Sarawak menawarkan kadar tarif elektrik yang berpatutan, kes kecurian tenaga masih terus berleluasa di seluruh negeri.

Sarawak Energy Bhd (SEB) berkata, terbaharu melalui Syarikat SESCO Bhd (SESCO), pihaknya berjaya membongkar dua kes kecurian elektrik di Jalan Lapangan Terbang, Kuching.

Pemasangan kabel bawah tanah secara haram bagi memintas meter elektrik.

Menurut SEB, kedua-dua kes tersebut melibatkan pemasangan kabel bawah tanah secara haram bagi memintas meter elektrik.

“Dalam serbuan pertama, pasukan SESCO menemukan kabel tersembunyi di bawah konkrit di sebuah rumah berkembar dua tingkat.

“Sementara itu, serbuan kedua membongkar penyambungan haram di sebuah rumah teres dua tingkat, dengan kabel bawah tanah disambungkan terus ke sumber bekalan elektrik tanpa melalui meter,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah SEB, pemasangan haram ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan risiko kebakaran dan renjatan elektrik, selain merosakkan infrastruktur bekalan tenaga.

“Aktiviti seperti ini juga boleh mengganggu bekalan elektrik ke kawasan kejiranan serta menyusahkan penduduk sekitar.

“Oleh itu, berdasarkan Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Pemilik premis juga boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati terlibat atau bersekongkol dalam kesalahan ini,” tegas SEB.

Dalam pada itu, SEB memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus memperketat pemantauan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa serta Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bagi menangani masalah kecurian elektrik.

“Pasukan pemeriksaan khas SESCO dilengkapi dengan kepakaran untuk mengesan pemasangan haram, walaupun disembunyikan dengan teliti.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengesyaki berlakunya kecurian elektrik disaran membuat laporan dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SESCO di talian 1300-88-3111 atau menghantar e-mel ke customercare@sarawakenergy.com.

“Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan sepenuhnya,” tambah SEB.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.