ARTIKEL

Antara peralatan yang diguna menjalankan kegiatan haram, turut dirampas dalam serbuan baru-baru ini.

SEB rugi RM54,500 akibat aktiviti lombong kripto di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalami kerugian bulanan sebanyak RM54,500 akibat penggunaan elektrik yang tidak direkodkan, dipercayai akibat kes kecurian elektrik semakin berleluasa.

Justeru itu, SEB melalui cabang operasi dan runcitnya iaitu Syarikat SESCO Berhad (SESCO) berusaha bagi membendung isu kecurian elektrik yang merupakan salah satu daripada jenayah berbahaya.

Menurut satu kenyataannya hari ini, atas dorongan maklumat orang awam pihaknya berjaya membongkar tiga aktiviti perlombongan mata wang kripto tanpa kebenaran di Shang Garden dan di Pusat Komersial Bulatan, Miri.

Tambahnya, hasil siasatan yang dijalankan di premis-premis tersebut telah menemui bukti yang jelas mengenai kecurian elektrik melalui penorehan terus.

“Pasukan SESCO telah menemui lebih daripada 150 perlombongan mata wang kripto, pelayan dengan kabel penoreh terus secara haram yang disambungkan dari talian bekalan utama terus ke server melalui siling.

“Susulan itu, kesemua kabel dan bahan yang digunakan untuk penorehan terus telah dirampas untuk dijadikan sebagai bahan bukti kecurian elektrik.

“Mereka yang didapati bersalah akan didakwa mengikut Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang mengenakan denda sehingga RM200,000 dan/atau penjara maksimum lima tahun,” jelasnya.

Ekoran itu, SEB juga menasihatkan individu agar berhati-hati apabila berurusan dengan penyelia perkhidmatan.

Selain itu, pemilik premis dan hartanah juga dinasihatkan agar berwaspada apabila menyewakan hartanah mereka untuk mengelakkan potensi aktiviti haram oleh penyewa, dan adalah disyorkan untuk mendaftarkan meter dengan betul di bawah nama penyewa.

Sebarang laporan mengenai aktiviti atau penemuan yang mencurigakan dengan individu yang menawarkan perkhidmatan gangguan meter boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggannya di talian 1300-88-3111 atau melalui emel di customercare@sarawakenergy.com.

Lebih kurang 150 pelayan yang digunakan bagi menjalankan operasi perlombongan mata wang kripto

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.