ARTIKEL

SEDC rai Tahun Baharu Cina bersama anak istimewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menganjurkan program Love In The Box bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Asajaya, Hotel Grand Magherita.

Seramai 66 kanak-kanak istimewa Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-kanak Keperluan Istimewa Sarawak (Pibakat) dirai dalam acara tersebut.

Pengarah Bahagian Kewangan Korporat Leo Lanaiwong berkata, majlis istimewa ini merupakan inisiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Pada tahun ini, program didedikasi kepada anak Pibakat. Mereka mempunyai spektrum autisme, palsi serebrum, masalah perkembangan kognitif perlahan, sindrom down dan hilang upaya intelek.

“Program ini diwujudkan… susulan terdapat dalam kalangan kita (ada yang) kurang bernasib baik serta memerlukan lebih perhatian serta sokongan.

“Terutama pada perayaan bermusim yang kita rai seperti sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya mewakili Timbalan Pengurus Besar SEDC.

Sebagai entiti korporat katanya, ia sebahagian daripada dasar dan falsafah CSR korporat melakukan tanggungjawab kepada golongan memerlukan dengan memberi kembali kepada masyarakat.

PROGRAM AMAL

Dengan falsafah ini, SEDC dan anak syarikatnya terus menganjurkan acara amal dengan tujuan membawa sedikit kegembiraan kepada ahli muda persatuan yang layak seperti rakan sebaya mereka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SEDC Sarawak juga menjalankan pelbagai program dan inisiatif berkaitan komuniti tujuan mengurangkan kesusahan ahli masyarakat kurang bernasib baik.

“Kami gembira melihat program ini mendapat sambutan menggalakkan sejak ia dilancarkan semula pada 2000.

“Bahkan, menjadi sebahagian daripada tradisi tahunan kami sejak 2004 dianjurkan khas untuk kanak-kanak,” katanya.

Antara inisiatif CSR yang dilaksanakan setakat ini ialah Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dari Peryatim Sarawak, Majlis Ziarah Kasih, MyKasih Majlis Belaian Kasih dan Program Love In A Box.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak istimewa menerima sumbangan berupa beg cenderamata dan wang tunai RM50.

Leo Lanaiwong berharap penganjuran Love In A Box tahun ini membawa lebih banyak keceriaan, kebahagiaan, kedamaian dan kegembiraan untuk kanak-kanak istimewa.

PENGHARGAAN

Sementara itu, Setiausaha Pibakat Ng Kui Choo merakamkan penghargaan kepada pihak SEDC kerana membawa keceriaan kepada anak-anak istimewa dan keluarga dengan penganjuran program tersebut.

“Kita tahu SEDC sentiasa berusaha menyatukan masyarakat ketika menyambut perayaan dan ini bukan kali pertama ada program seumpama ini.

“Kami sangat terharu kerana anda (SEDC) memilih pusat ini sebagai tempat untuk menjalankan program CSR.

“Kami berharap agar Pibakat sentiasa dirangkum dalam setiap projek CSR dan terus mendorong untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dan orang dewasa berperluan khas,” ujarnya.

Beliau sempat mengetengahkan cadangan agar program pemerkasaan belia diadakan.

“Melalui program seumpama ini, kita boleh melatih dan memperkasa golongan muda berkeperluan khas agar dapat berdiri sendiri pada masa akan datang,” jelasnya.

Untuk rekod, Pibakat merupakan pusat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk menguruskan pusat Intervensi Awal Sehenti (Oseic) yang kini menyediakan intervensi awal kepada lebih 400 kanak-kanak.

Dalam program tersebut, selain acara tarian naga, jamuan yee sang dan penyampaian sumbangan, terdapat persembahan nyanyian dan tarian daripada anak-anak istimewa Pibakat bagi menyerikan majlis.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi