ARTIKEL

Sekolah berkualiti asas kemenjadian murid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA Jumaat yang lepas, 17 Julai, saya menamatkan bengkel pemerkasaan ke-pimpinan instruksional untuk guru penolong kanan akademik anjuran MESTR dan JPNS.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus yang turut memberikan amanatnya dalam Bicara Eksekutif.

Dalam mengatur bait bicara menyampaikan amanat, saya tertarik terhadap beberapa perkara yang sebenarnya menjadi petunjuk tentang harapan beliau agar pendidikan di Bumi Kenyalang ini mampu bergerak dinamis dan menongkah arus cabaran menuju budaya kerja profesional bertunjangkan nilai yang merangkumi profesionalisme, integriti dan mesra serta bermatlamatkan kemenjadian murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan membudayakan nilai murni serta bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara melalui sekolah yang berkualiti.

Antara perkara penting yang dinyatakan beliau ialah guru-guru hendaklah menjadi teladan yang baik kepada guru-guru lain, pentadbir dan murid-murid.

Guru-guru hendaklah sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam kerja buat teras iaitu mendidik. Ini bermakna bukan sekadar hadir ke kelas dan mengajar tetapi mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan inovasi dan kreativiti.

Bagi memantapkan lagi ilmu pedagogi, guru-guru hendaklah bekerjasama dalam berkongsi sumber dan ilmu pengetahuan melalui Perkongsian Amalan Terbaik atau (PLC) bagi menaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar murid-murid mendapat ilmu yang terbaik daripada guru-guru.

Beliau berharap agar setiap daerah di Sarawak ini mempunyai guru-guru adiwira yang mampu menjadi inspirasi dan motivasi guru-guru lain dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran masingmasing seperti yang dimiliki oleh guru-guru adiwira sedia ada iaitu Cikgu Muhammad Nazmi dari SK Long Sukang Lawas.

Peningkatan kualiti guru pastinya akan melahirkan kemenjadian murid yang positif Penggunaan TV Pendidikan dan Eduweb dalam sessi pengajaran dan pem-belajaran dalam kelas hendaklah digalakkan.

Ini kerana proses penyediaan pendidikan melalui TV sangat teliti dan teratur serta berkualiti tetapi penggunaan tidak menyeluruh. Hanya kebelakangan ini sejak PKP, ia agak rancak dimanafaatkan oleh pelajar semasa belajar di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah juga berharap agar bidang Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau (STEM) dan dan pendidikan Teknik dan Vokesional atau TVET sangat penting dan digalakkan. Bidang ini ternyata sangat penting dalam memacu Revolusi Industri 4.0 yang bakal memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang ini.

Ia sekali gus sebagai usaha membina Sarawak sebagai negeri maju dan berdaya saing. Oleh itu, ia harus dimulakan dari bangku sekolah rendah dan guru memainkan peranan penting untuk merealisasikan visi ini.

Beliau turut menyentuh bahawa sekolah yang berkualiti bergantung kepada pemimpin sekolah yang berkesan, guru yang berkualiti dan sokongan ibu bapa

Tiga aspek ini sangat penting dalam memastikan sekolah mencapai hala tuju yang betul untuk membawa kejayaan kepada pelajar dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang baik.

Pemimpin sekolah yang diketuai Guru Besar dan Pengetua bersamasama Penolong Kanan hendaklah sentiasa bersedia dengan perancangan yang strategik, instruksional, teragih dan sistematik.

Pemimpin sekolah harus menjadikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang kedua (SKPMG2) sebagai instrumen untuk mendapatkan tahap dan kualiti yang baik dalam peningkatan akademik di sekolah.

Bagi guru-guru pula hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam kelas dengan mengadakan inovasi dalam pendidikan alaf ke-21 yang berkesan.

Antara kaedah yang boleh digunakan ialah Pembelajaran berasaskan Projek atau Project Based Learning, Pengajaran Koperatif dan Kolaboratif dan Pengajaran Reflektif.

Kerjasama ibu bapa juga sangat penting dalam memastikan kejayaan pendidikan di negeri ini. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan kelancaran pendidikan di sekolah berlangsung dengan baik. Demikianlah antara amanat yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak.

Amanat yang disampaikan cukup bermakna untuk dihadam bukan sekadar dinikmati halwa telinga, namun harus sampai ke jiwa bagi membangkitkan semangat guru untuk memastikan pendidikan Sarawak melonjak ke langit bagai Kenyalang terbang tinggi. Fly Kenyalang Fly! Fly High!

• Cikgu Emmet atau Ahmad Faizal Osman merupakan guru kanan di SK Pulau Seduku Lingga, Sri Aman.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu