Sekolah di Kuching, Sri Aman dijangka tutup

KUCHING: Ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang dengan kesihatan anak masing-masing apabila IPU masih mencatat tahap sangat tidak sihat.

Setakat jam 6 petang semalam, beberapa sekolah rendah di bandar raya Kuching dijangka tidak beroperasi esok (hari ini) termasuk sekolah menengah yang berada dalam zon IPU sangat tidak sihat serta beberapa sekolah kawasan Sri Aman.

Setakat jam 7, Kuching mencatat IPU sangat tidak sihat pada bacaan 241 dan Sri Aman 248 selain bacaan tidak sihat bagi kawasan Kota Samaran dan kawasan lain.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPM Shaari Osman berkata, tiada larangan terhadap ibu bapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah tetapi perlu memaklumkan kepada pihak sekolah.

Bagaimanapun, semalam Jabatan Pendidik Sarawak telah mengeluarkan arahan supaya semua sekolah ditutup serta-merta jika IPU melebihi 200.

JPN Sarawak berkata, pengetua atau guru besar perlu memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai penutupan sekolah.

“Bagaimanapun, peperiksaan awam seperti UPSR akan diteruskan dengan pemantauan pegawas peperiksaan yang bertugas,” katanya.

Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LP), peperiksaan akan ditangguhkan kepada tarikh ditetapkan jika berlaku jerebu melebihi Indeks Pencemaran Udara (IPU) 300.

Suara Sarawak