ARTIKEL

Chong Chieng Jen

Sekolah di Sarawak tidak wajib laksana Minggu Solidariti Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekolah-sekolah di Sarawak tidak wajib melaksanakan Program Minggu Solidariti Palestin, kata Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.

Menurutnya, perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying kepadanya pada hari ini selepas isu berkenaan dibangkitkan di Parlimen.

“Dalam dialog antara Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Parlimen semalam, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan kami terhadap program seumpama itu dijalankan di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Hari ini, saya telah mendapat pengesahan daripada Timbalan Menteri Pendidikan bahawa program tersebut tidak wajib untuk sekolah-sekolah di Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, tindakan itu diambil kerana tidak mahu anak-anak kita terlibat secara emosi dalam konflik Palestin-Israel pada peringkat usia masih muda walaupun kita semua menentang kekejaman perang dan mengharapkan keamanan.

“Memandangkan kini sudah jelas bahawa program itu tidak diwajibkan kepada sekolah-sekolah di Sarawak, saya berharap pihak pengurusan sekolah tidak akan berasa terpaksa dengan arahan untuk menganjurkan program sebegini,” tegas Pengerusi DAP Sarawak itu.

Dalam pada itu katanya, surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu yang mengarahkan semua institusi pendidikan di bawahnya melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November telah menimbulkan kebimbangan besar di kalangan semua sektor di Sarawak.

Dalam surat pekeliling tersebut, dinyatakan bahawa program tersebut melibatkan semua sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru di seluruh negara.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan