ARTIKEL

Sektor pengguna kekal berdaya tahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor produk pengguna Malaysia dijangka terus menyediakan daya tahan dan keterlihatan pendapatan, disokong oleh penggunaan domestik yang stabil dan sokongan fiskal yang berterusan, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Dalam nota penyelidikannya, bank pelaburan itu berkata langkah-langkah seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan subsidi bahan api bersasar (RON95) dijangka membantu menyokong perbelanjaan pengguna di tengah-tengah kenaikan mendadak harga tenaga global. Ia berkata penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter membayangkan impak sertamerta yang terhad terhadap pasaran massa.

“Secara keseluruhannya, kami tidak menjangkakan sebarang perubahan dasar dalam tempoh terdekat yang boleh mengganggu trend penggunaan secara material,” katanya.

Bagaimanapun, RHB IB berkata konflik yang berpanjangan di Asia Barat boleh menimbulkan risiko kesan peringkat kedua melalui tekanan inflasi.

Sementara itu, bank pelaburan berkenaan berkata prestasi sektor berkenaan bagi suku keempat 2025 adalah selaras dengan jangkaannya, apabila sembilan daripada 17 saham di bawah liputannya memenuhi jangkaan.

Ia berkata dalam tempoh itu pengembangan margin dapat diperhatikan secara meluas didorong oleh beberapa faktor termasuk peningkatan skala operasi dan jumlah jualan yang lebih tinggi dicatatkan oleh syarikat seperti Nestle (Malaysia) Bhd, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd, MR DIY Group (M) Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd dan Farm Fresh Bhd.

“Seperti biasa, terdapat peningkatan dalam perbelanjaan pengguna menjelang akhir tahun, khususnya dalam kalangan pemain sektor barangan budi bicara pengguna.

“Ini disebabkan oleh faktor bermusim yang menggalakkan (cuti sekolah, musim perayaan) dan juga boleh menunjukkan trend penggunaan yang stabil selari dengan peningkatan sentimen pengguna,” katanya.

Secara amnya, panduan oleh pihak pengurusan berada antara ‘neutral’ dan ‘positif’, dengan beberapa pemain sektor barangan budi bicara mencatat peningkatan jualan yang memberangsangkan sejak awal 2026.

Bank pelaburan itu berkata ini mungkin hasil daripada sentimen pengguna yang lebih kukuh – disokong oleh keadaan makroekonomi yang mantap, pertumbuhan pendapatan boleh guna yang sihat, pengukuhan ringgit dan kesan limpahan positif daripada Tahun Melawat Malaysia 2026. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu