ARTIKEL

Selamba curi minuman keras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, seorang lelaki ditangkap kerana mencuri beberapa botol dan tin air minuman termasuk minuman keras dari peti sejuk sebuah kedai 7-Eleven di Jalan Lau King Howe di sini, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku apabila suspek yang berusia 29 tahun dengan selamba keluar dari kedai 24 jam itu tanpa membayar barangan yang diambil dari premis kedai sekitar jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek telah mengambil enam botol minuman termasuk bir Tiger dan Stout dari peti sejuk premis kedai itu. “Setelah juruwang wanita (pengadu), 29, mengimbas barangan tersebut dan menyimpannya di dalam beg plastik, suspek terus keluar dari kedai tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Juruwang berkenaan kemudian menghubungi polis. Suspek berjaya ditahan ketika masih dalam keadaan mabuk kaki lima premis di bandar ini beberapa jam kemudian.

Suspek yang merupakan penggangur dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut. Stanley berkata, keseluruhan nilai barangan yang dicuri adalah RM72.90. Suspek ditahan reman hingga 23 Mac. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan