ARTIKEL

Selangor FC Kemuka Laporan Rasmi Kepada FAM Berhubung Insiden Kekecohan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Selangor FC mengemukakan laporan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden kekecohan ketika menentang Kuching City FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA pada Ahad lepas bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam kenyataan hari ini, kelab bola sepak itu menegaskan komitmen untuk mempertahankan hak dan menjamin keselamatan pemain serta pegawainya dalam apa-apa jua keadaan.

“Selangor FC berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme serta semangat kesukanan yang tinggi, dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak FAM agar proses siasatan yang adil dan saksama dapat dijalankan berhubung perkara ini demi memelihara martabat bola sepak tanah air,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan semua laporan dan bukti berhubung insiden membabitkan pemain serta pegawai kedua-dua pasukan pada perlawanan di Stadium Taha Ariffin, Kuching diserahkan kepada FAM untuk penelitian dan tindakan lanjut menerusi Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Menurut MFL, laporan itu merangkumi maklumat daripada komisioner perlawanan, koordinator perlawanan dan penilai pengadil.

Pada masa sama, MFL turut meneliti tindakan susulan berdasarkan peraturan serta bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya, dan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati mencetuskan kekecohan atau melakukan perbuatan tidak wajar.
— BERNAMA
 

BERITA LAIN

Sarawak pertimbang tiga cadangan Persekutuan Persatuan Cina

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan cadangan Persekutuan Persatuan Cina Sarawak berkaitan urusan pengambilan pekerja asing serta dasar imigresen bagi kemasukan tenaga profesional selepas memperoleh mandat

BERITA TERBARU

Calon muda, calon tua

P.PRABAKARAN, pemegang rekod calon termuda dalam sejarah pilihan raya Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Ke-14 pada 2018, ketika baru berusia 22 tahun. Beliau