ARTIKEL

Selepas Venezuela

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAMA Venezuela kini sinonim dengan krisis; hiperinflasi, sekatan ekonomi, migrasi besar-besaran dan tuduhan sebagai “negaranarko”.

Gambaran ini melupakan hakikat sebelumnya, Venezuela sebagai pengeksport telenovela dan sinentron romantisme; sebagus Cristal, Kassandra dan Mi Gorda Bella – sepanjang 1980-an hingga 2000-an ke lebih 100 negara di dunia.

Dan Venezuela pernah menjadi kuasa ekonomi minyak, hab budaya popular Amerika Latin dan simbol kebangkitan nasionalisme dunia selatan sehingga berjaya membentuk imej Venezuela sebagai negara moden, kosmopolitan dan stabil.

Dimensi ini hampir terhapus daripada liputan Barat dan jelas natijah pertembungan kepentingan global, perebutan naratif dan penggunaan kuasa ekonomi menjadi senjata politik mengheret Venezuela ke kancah terpuruk.

MINYAK

Sebelum krisis, Venezuela menikmati kemakmuran hasil minyak.

Rizab minyaknya antara terbesar di dunia, 303 bilion barel atau sekitar 17 peratus daripada minyak dunia pada 2023.

Simpanan minyak Venezuela lima kali ganda dimiliki AS iaitu 55 bilion barel dan lebih besar berbanding Arab Saudi 267,2 bilion barel dan Iran 208,6 bilion barel.

Ini meletakkan Venezuela rakan strategik utama AS sepanjang abad ke-20.

Hubungan tersebut stabil ketika Caracas kekal patuh kepada sistem ekonomi pimpinan Washington.

Dan dengar, apa kata Trump ketika beliau cuba merasionalkan pengeboman ibu kota Caracas, Miranda, Aragua dan La Guaira – bahawa industri minyak AS di Venezuela dikawal oleh Washington.

Bagi Trump, syarikat minyak dan gas AS melabur berbilion dolar membaik pulih infrastruktur minyak Venezuela serta mula menjana keuntungan.

Kepada siapa sebenarnya omongan berupa amaran berkenaan ditujukan?

Merujuk ChatGPT, China dilaporkan membeli minyak secara tidak langsung daripada Venezuela – antara negara pengasas OPEC itu – dengan bayaran sebagai “hutang lama” melalui pemain perantaraan.

Selain itu, Rusia dan Iran serta India turut dikatakan terlibat meskipun kesemua negara berkaitan menafikan.

Chevron selain Exxon dan Standard Oil, merupakan antara syarikat minyak AS yang beroperasi di Venezuela, mengeksport kira-kira 140,000 tong minyak sehari pada suku keempat 2025.

Sejak abad ke-20, AS terlibat dalam industri minyak Venezuela daripada sebagai pelabur utama hinggalah sebagai pengawal pasaran.

Titik perubahan geopolitik bermula dengan pemilihan Hugo Chávez pada 1998.

Melalui Revolusi Bolivarian, Chvez menolak neoliberalisme, memperkukuh peranan negara dan menasionalisasikan industri minyak secara lebih tegas.

Hasil minyak digunakan untuk program sosial dan pengurangan kemiskinan.

Lebih signifikan, Chavez mengubah orientasi geopolitik Venezuela.

Kritikan terbuka beliau ke atas imperialisme AS dan hubungan rapat beliau dengan Rusia, China dan Iran menandakan peralihan besar politik negara itu.

Cubaan rampasan kuasa pada 2002, dipercayai mendapat restu tidak langsung Washington, memutuskan kepercayaan sepenuhnya.

Sejak itu, hubungan CaracasWashington bergerak menuju konfrontasi terbuka.

Reaksi Rusia, China dan Iran

Memahami krisis ASVenezuela, bagi Rusia, Venezuela ialah simbol penentangan ke ataș hegemoni AS.

Moscow memberi sokongan diplomatik dan strategik, melihat tekanan ke atas Caracas sebagai skrip sama yang digunakan ke atas Rusia sendiri. China pula bertindak lebih pragmatik.

Beijing menolak sekatan unilateral dan mempertahankan prinsip kedaulatan, sambil melabur dalam sektor tenaga Venezuela sebagai sebahagian strategi jangka panjang mengurangkan dominasi dolar.

Sementara itu, Iran melihat Venezuela sebagai sekutu strategik sesama negara yang disasarkan AS.

ERA MADURO

Selepas kematian Chavez pada 2013, Nicolas Maduro mewarisi ekonomi rapuh, diperburuk kejatuhan harga minyak dan kelemahan institusi dalaman.

AS melihat situasi ini sebagai peluang strategik.

Sekatan ekonomi diperluas menjadi embargo menyeluruh ke atas sektor minyak dan kewangan.

Aset negara dibekukan, akses kepada sistem perbankan global disekat dan eksport minyak dihalang.

Walaupun tiada pencerobohan ketenteraan, ini bentuk perang moden – perang ekonomi.

Mangsa utamanya bukan elit politik, tetapi rakyat biasa yang berdepan kekurangan ubat, makanan dan peluang hidup bermaruah.

LEGITIMASI

Kemuncak perang naratif berlaku pada 2019 apabila AS dan sekutunya mengiktiraf Juan Guaido sebagai pemangku presiden.

Guaido gagal membentuk kerajaan berfungsi dan akhirnya kehilangan sokongan sehingga berakhir senyap, tetapi kerosakan ekonomi dan sosial kekal.

Sebaliknya, kerajaan Maduro, walau dipertikaikan terus mempertahankan kedaulatan negara dan menolak campur tangan asing.

Label “narco-state” sering digunakan bagi mengabsahkan tekanan.

Namun, Venezuela bukan pengeluar utama dadah; ia lebih merupakan negara transit.

Dengan menjenamakan kerajaan sebagai penjenayah, sekatan yang menyakiti rakyat dapat dibingkai sebagai tindakan bermoral sehingga Venezuela dijadikan contoh kegagalan.

Dalam dunia multipolar yang sedang terbentuk, krisis Venezuela mengingatkan kita: siapa yang menguasai naratif, menguasai legitimasi.

Menahan dendam yang panjang, akhirnya, AS menyerang Venezuela.

Pasukan elit Delta Force menculik Presiden Nicolas Maduro dan isterinya Cilia Flores atas tuduhan pengedaran dadah dan penjualan senjata Mantan presiden pengadilan jenayah perang PBB di Sierra Leone, Geoffrey Robertson KC, menyifatkan AS melanggar Piagam PBB.

Trump mengancam pemangku Presiden Delcy Rodriguez bahawa beliau akan membayar harga mahal jika tidak bekerjasama dengan Washington.

Kini, Trump melirik Cuba yang juga sekutu rapat Venezuela.

Bahkan, Columbia juga masuk senarai dan Trump menggertak Colombia sebagai “sakit parah dan dipimpin orang sakit jiwa yang suka membuat kokain dan menjualnya ke AS.”

Presiden Colombia Gustavo Petro mengkritik tajam Trump atas penangkapan Maduro.

Tragedi serangan Venezuela belum padam, PBB buka suara ketika Trump menarik keluar AS dari 66 organisasi dari badan PBB.

Meski langkah ini dilihat sebagai strategi “American First” dan berkaitan penjimatan serta dasar unilateral, keputusan ini dilihat mengurangkan komitmen global AS, selain melemahkan multilateralisme serta menjejaskan kerjasama antarabangsa dalam isu kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar.

Tindakan ini mengundang spekulasi lebih tajam berkaitan perkembangan semasa politik dunia.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan