ARTIKEL

Seleweng Dana NGO: SPRM Sita RM4 Juta Aset Pendakwah Bebas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai aset berjumlah kira-kira RM4 juta dipercayai milik seorang pendakwah bebas berhubung siasatan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut sumber, SPRM Negeri Sembilan telah melakukan sitaan terbaharu hari ini termasuk pelbagai mata wang asing dan tempatan berjumlah RM152,155 selain Riyal (7,325) dan Dolar Singapura (SGD27,134).

“Turut disita pelbagai perhiasan emas bernilai kira-kira RM2 juta, menjadikan nilai sitaan semalam dan hari ini berjumlah kira-kira RM4 juta,” katanya.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati dua ahli jawatankuasa yang disyaki bersubahat dengan pendakwah bebas berkenaan ialah isterinya, yang juga bendahari NGO tersebut dan seorang lagi iaitu setiausaha.

“Siasatan turut mendapati duit yang dipercayai dipindahkan ke akaun bank milik pendakwah bebas itu dan juga ke lapan akaun bank syarikat yang juga milik individu itu dilakukan tanpa pengetahuan ahli jawatankuasa lain,” katanya.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata lapan syarikat terbabit ialah syarikat percetakan, penerbitan, jualan buku, pemasaran, penjualan produk, pengurusan sumber manusia dan pengurusan duta produk.

Semalam, SPRM Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan reman selama lima hari hingga 26 April ini.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke