ARTIKEL

Semua masyarakat layak terima kemudahan kerajaan, kata Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsep Keluarga Malaysia merupakan situasi yang merujuk kepada keterangkuman dan kebersamaan, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof

Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu, justeru semua orang layak menikmati segala pembangunan dan kemudahan yang ada.

“Kita perlu memupuk semangat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat kerana Malaysia adalah sebuah keluarga tanpa mengira kaum, bangsa dan agama

“Oleh itu, kita menyambut hari ini untuk mengeratkan perpaduan dan kemesraan antara satu sama lain supaya perasaan kasih sayang dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, program tersebut bertujuan untuk memupuk semangat tolong-menolong dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat dan menjadikan amalan tersebut sebagai satu kebiasaan.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan Matang dan Sungai Tengah gembira menerima bantuan makanan kering dan kerusi roda untuk warga emas yang memerlukan daripada pihak kerajaan melalui program tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i

6.49 gram dadah dirampas

KUCHING: Bisi 14 individu ditan ba bemacham penyalah bekaul dadah ba Op Tapis Khas ti dipejalai pengelama tiga hari ngelingi pelilih tu, ari 25 nyentuk