Seorang lelaki maut disambar petir di ketika bekerja di kebun

KABONG: Seorang lelaki maut disambar petir di sebuah kebun sayur di sini kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Mangsa Sumarno, 36 tahun berasal dari Boyolali Jawa Tengah Indonesia sudah beristeri dan mempunyai dua anak.

Isteri dan anak-anaknya bagaimanapun tidak berada di Malaysia.

Menurut salah seorang rakan mangsa, ketika kejadian mangsa sedang menyembur racun rumput bersama dua lagi rakan yang lain.

Ketika kejadian cuaca agak mendung dan selepas kejadian hujan turun dengan lebatnya.

Mangsa yang pengsan dipanah petir kemudiannya dikejarkan oleh lima rakan mereka ke Klinik Kesihatan Kabong untuk mendapat rawatan.

Bagaimanapun sebaik sampai di klinik doktor bertugas mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa semasa berita ini ditulis jam 6. 32 petang masih berada di klinik kesihatan menunggu urusan selanjutnya.