ARTIKEL

Seorang Rakyat Malaysia Maut Dalam Insiden Runtuhan Bangunan Di Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina pada 24 Mei 2026, telah meninggal dunia.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa waris terdekat mangsa telah dimaklumkan, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

“Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini,” menurut kenyataan itu.

Dua rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. 

Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada individu berkenaan.

Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara itu.

Wisma Putra juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

BERITA TERBARU