Trending

Sepak Takraw Piala Tan Sri Abang Khalid: Gelaran raja libas milik GSU Likun B

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Kehebatan regu GSU Likun B nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Tan Sri Abang Khalid TSDA Marzuki 2023.

Kemenangan mudah 2-0 (21-6, 21-14 ) diperoleh pemain GSU Likun B keatas Samarahan Brilliant pada aksi final yang berlangsung di Dewan Sepak Takraw, Jalan Bandong, Sibu sebentar tadi.

Kejayaan itu, menyaksikan pemain GSU Likun B membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Manakala, wang tunai RM2,000 berserta piala dan pingat diterima pemain Samarahan Brilliant selaku naib juara.

Dalam pada itu, regu Lutong B dan Menz Frenz yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing membawa pulang wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) Datuk Ismail Abang Saufi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru