ARTIKEL

Seramai 408,640 pelajar melaporkan diri bagi sesi persekolahan 2023/2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 408,640 pelajar telah melaporkan diri dan berdaftar untuk kemasukan sesi persekolahan 2023/2024, kata Omar Mahli.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak itu menambah, 32,642 daripada angka tersebut merupakan kemasukan pelajar tahun 1.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan konsep pengurusan minggu pertama persekolahan yang lebih menarik bermula sesi 2023/2024 ini.

“Justeru, kita mahu pihak sekolah menyediakan aktiviti menarik pada minggu pertama sekolah bagi mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan untuk pelajar baharu serta mereka yang kembali ke sekolah.

“Langkah ini juga bersesuaian dengan hasrat KPM untuk melahirkan anak yang baik serta cerdik, sekali gus mewujudkan ekosistem yang sejahtera, ceria dan bahagia.

“Sudah tentu, program yang diadakan perlulah mempunyai manfaat kepada pelajar, di samping menyelitkan unsur permainan yang menyeronokkan untuk menarik perhatian mereka,” katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, di sini, sebentar tadi.

Menurutnya lagi, aktiviti yang diadakan ini juga dapat menjadi ruang bagi pelajar untuk berkenalan antara satu sama lain sebelum mula sesi pembelajaran.

“Pada masa sama, dapat memupuk semangat perpaduan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial dan kaum yang berbeza,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan