ARTIKEL

Serang wartawan pencabulan serius kebebasan bersuara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAMALLAH: Insiden serangan terhadap wartawan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 18 wartawan Palestin terbunuh di Gaza, menggambarkan berlakunya pencabulan serius terhadap hak kebebasan bersuara.

Menurut Pertubuhan bukan kerajaan ActionAid, insiden terbaharu membabitkan seorang wartawan foto maut selepas kediamannya dibom tentera Israel pada Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Wartawan Palestin mendokumentasikan insiden pengeboman di Gaza supaya dunia dapat menyaksikan kemusnahan yang berlaku… Dedikasi mereka telah memberikan gambaran terhadap krisis yang sedang berlaku,” menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

ActionAid berkata, wartawan Palestin tetap menjalankan tugas mereka walaupun berdepan ancaman dan kesulitan.

“Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, wartawan perlu dilindungi sama seperti orang awam.

ActionAid menyeru gencatan senjata segera untuk melindungi mereka (wartawan) dan orang awam di Gaza,” kata ActionAid.

Sementara itu, Penyelaras Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestin, Riham Jafari, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan untuk menyiasat insiden serangan ke atas wartawan.

“Menyerang wartawan adalah satu pelanggaran terhadap hak untuk hidup dan kebebasan bersuara,” katanya. – Bernama-WAFa 

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial