ARTIKEL

Seratus kolum, seribu makna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA 12 Ogos lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai bekas Perdana Menteri dan pasangan tertua yang masih hidup pada peringkat ASEAN.

Berdasarkan dapatan, pengiktirafan itu disampaikan oleh ASEAN Records dan ASIA Records dalam satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena ulang tahun kelahiran Dr. Mahathir yang ke-101 pada 10 Julai, manakala Dr. Siti Hasmah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.

Sebanyak tiga rekod rasmi dianugerahkan kepada pasangan itu, termasuk pengiktirafan bekas Perdana Menteri tertua yang masih hidup kepada Dr. Mahathir oleh ASEAN Records.

Dr. Mahathir, yang berusia 101 tahun pada 10 Julai lalu, pernah menerajui negara selama 24 tahun dalam dua tempoh yang tidak berturut-turut, iaitu dari 1981 hingga 2003 dan dari 2018 hingga 2020.

Dr. Siti Hasmah pula diiktiraf sebagai pasangan bekas Perdana Menteri tertua yang masih hidup oleh ASEAN Records.

Yang pasti, mencapai usia 100 tahun atau lebih bukanlah sesuatu yang biasa, lebih-lebih lagi bagi dua tokoh yang mencorakkan landskap pembangunan, politik dan sosial negara selama lebih enam dekad.

Oleh itu, apabila saya membaca mengenai pengiktirafan terhadap Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah sebagai pasangan bekas ketua kerajaan yang kedua-duanya masih hidup pada usia 101 dan 100 tahun, hal itu merupakan satu pencapaian luar biasa yang wajar diberikan penghargaan.

Dalam pada itu, angka 100 ini turut mempunyai makna tersendiri kepada saya. Ya, kolum saya yang ke-100 diterbitkan pada hari ini.

Kali pertama saya menulis kolum ialah pada Jumaat, 2 Ogos 2024 dan ia diterbitkan pada Isnin, 5 Ogos 2024.

Jika diimbas kembali, penerbitan kolum ini bukanlah satu pencapaian yang gah seperti yang dicapai oleh orang lain.

Namun, bagi saya, ia merupakan satu ‘rekod’ yang boleh saya banggakan kerana diberi peluang untuk berkongsi pelbagai cerita dari desa saya kepada orang ramai.

Cerita itu merangkumi kisah tentang kampung saya, kebudayaan dan warisan kaum saya, kisah anak pedalaman serta kisah insan di sekeliling saya yang mungkin kelihatan biasa, namun barangkali luar biasa bagi sesetengah pihak.

Untuk kolum pertama, saya berkongsi kisah zaman remaja sebagai anak petani.

Ketika menulis kolum itu, sebenarnya saya memerlukan keberanian yang besar untuk mendedahkan kehidupan sedemikian kepada khalayak umum.

Jangan salah faham dengan maksud saya. Saya bukan malu dilahirkan sebagai anak petani, sebaliknya saya reda dengan ketentuan Tuhan.

Cuma, saya tidak pernah terfikir untuk menceritakan kisah itu kepada khalayak umum, lebih-lebih lagi menerusi akhbar.

Namun, atas dorongan daripada rakan-rakan dan editor, saya menceritakan serba sedikit ‘cerita kampung’ itu kepada orang ramai dengan harapan kisah tersebut dapat menjadi motivasi kepada orang lain untuk menerima sepenuh hati segala ketentuan dan takdir Tuhan dengan jiwa yang tenang.

Tuhan tidak membebani hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.

Kehidupan sebagai anak petani mengajar saya menjadi anak yang berdikari, dahagakan ilmu, menghormati alam semula jadi dan ibu bapa serta, yang paling penting, berusaha menjadi insan yang berguna.

Nah, saya kongsikan lima perenggan yang saya tulis dalam kolum pertama itu, yang kemudiannya mendorong saya menulis kolum-kolum seterusnya selari dengan fokus penceritaan saya: Dari Desa ke Kota.

Ini kisah saya 18 tahun lalu. Semasa di Tingkatan Enam, saya sering membantu ibu bapa di sawah padi.

Meskipun tidak sepenuh masa, setiap hujung minggu saya akan cuba membantu mereka sekiranya tiada aktiviti di sekolah.

Di sawah padi, bermacam-macam kerja pernah saya lakukan, antaranya menanam benih padi, membersihkan tapak semaian, membaja, menyembur racun, mengangkut padi, mengetam padi dan menuai.

Terjatuh ke dalam sawah,

badan bersalut lumpur, tangan atau kaki lebam serta demam merupakan antara ‘hadiah’ yang kadangkala saya bawa pulang selepas bekerja keras.

Sehingga pada suatu ketika, ‘hadiah’ itu menjadi bahan jenaka dalam keluarga kami.

Atas sebab itu, saya sangat menghargai setiap butir nasi yang dihidangkan di atas meja makan.

Melihat wajah kepenatan ibu bapa selepas membanting tulang sepanjang hari di sawah turut menimbulkan rasa insaf dalam diri.

dilahirkan sebagai anak petani, sebaliknya saya reda dengan ketentuan Tuhan.

Cuma, saya tidak pernah terfikir untuk menceritakan kisah itu kepada khalayak umum, lebih-lebih lagi menerusi akhbar.

Namun, atas dorongan daripada rakan-rakan dan editor, saya menceritakan serba sedikit ‘cerita kampung’

itu kepada orang ramai dengan harapan kisah tersebut dapat menjadi motivasi kepada orang lain untuk menerima sepenuh hati segala ketentuan dan takdir Tuhan dengan jiwa yang tenang.

Tuhan tidak membebani hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.

Kehidupan sebagai anak Kota.

Selain itu, arwah nenek juga sering berpesan bahawa nasi akan menangis jika kita tidak menghabiskannya atau membuangnya ke dalam tong sampah.

Ketika itu, saya tidak memahami perkara yang ingin disampaikan oleh nenek.

Bagaimanakah nasi boleh menangis?

Secara ringkasnya, penulisan kolum ini secara tidak langsung menjadi peringatan kepada saya agar tidak melupakan asal usul dan sentiasa merendah diri.

Pada masa sama, ia turut membantu saya sebagai penulis meningkatkan ilmu pengetahuan kerana penulisan kolum memerlukan kajian terlebih dahulu sebelum maklumat yang sahih disampaikan kepada pembaca.

BERITA LAIN

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

Naik taraf demi keselamatan

SEPTEMBER lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) mencadangkan pembinaan enam lorong memotong di sepanjang Jalan Persekutuan FT803 (Jalan Bintulu-Bakun) sebagai langkah meningkatkan keselamatan dan kelancaran pergerakan

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap