ARTIKEL

Screenshot

SHIHA ZIKIR CABAR DIRI NYANYI LAGU RAP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENTING HIGHLANDS: Sinonim dengan genre irama pop dan balada, penyanyi dan pelakon berbakat Shiha Zikir menyahut cabaran keluar dari zon selesa dan bakal menghiburkan peminat dengan lagu rap secara langsung.

Dijadualkan berkongsi pentas dengan Baby Shima, Haqiem Rusli, Noki K-CLIQUE dan Afieq Shazwan menerusi Melodi Kita Live Showcase di The Great Lawn, Resorts World Awana pada 26 April ini, pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir itu mendedahkan beliau berlatih selama sebulan sebagai persiapan untuk persembahan tersebut.

“Sebelum ini saya pernah bawakan lagu rap, tetapi hanya separuh. Kali ini memang lagu penuh, jadi agak mencabar sedikit. Oleh itu, dalam tempoh sebulan ini saya berlatih dengan tim dan berharap peminat akan datang untuk beri sokongan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Menurut artis berusia 38 tahun itu, beliau akan mendendangkan lebih daripada enam buah lagu termasuk secara solo dan duet dengan artis lain pada konsert yang diadakan secara percuma bagi memeriahkan lagi musim perayaan ini.

Shiha yang ditemui di Taman Tema Genting SkyWorlds pada program bertemu peminat, meluangkan masa dengan seramai 20 orang peminatnya di taman tema itu, yang disifatkannya sebagai satu pengalaman bermakna.

“Shiha rasa aktiviti di tempat macam ini memang seronok dan boleh eratkan lagi hubungan antara kami.

Sebenarnya ada 90 orang yang daftar untuk turut serta tetapi hanya 20 orang berpeluang hadir. Mungkin yang lain ada kekangan masa,” katanya yang pertama kali berpeluang melakukan aktiviti santai sedemikian dengan peminat. – BERNAMA

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan