ARTIKEL

Pengarah Syarikat Bubblebee Sdn Bhd Shahmira Muhammad 40, hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi mengahadapi 18 pertuduhan gagal melunaskan cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi tahun 2023.

Shuib dan seorang pengarah Bubbleebee dituduh gagal bayar cukai perkhidmatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Syarikat Bubblebee Sdn Bhd dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan gagal melunaskan cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tahun 2023. 

Syarikat minuman itu dan dua pengarahnya Shahmira Muhamad, 40, atau lebih dikenali sebagai Shuib dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah masing-masing atas enam pertuduhan, dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Menurut pertuduhan, bagi kes pertama kesemua OKS didapati gagal membayar cukai perkhidmatan kepada ketua pengarah JKDM bagi tahun 2023 dengan jumlah RM217,542.62, RM217,592.56 dan RM190,848.35 masing-masing bagi tempoh bercukai 1 Jan hingga 28 Feb, 1 Mac hingga 30 April dan 1 Mei hingga 30 Jun. 

Bagi kes kedua pula, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan bagi tahun sama dengan jumlah RM268,353.06, RM146,870.03 dan RM149,947.16 masing-masing bagi tempoh bercukai 1 Julai hingga 31 Ogos, 1 Sept hingga 31 Okt dan 1 Nov hingga 31 Dis. 

Kesemua kesalahan itu dengan jumlah keseluruhan cukai tidak dibayar ialah RM1.1 juta, dilakukan di Bahagian SST JKDM, Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Bangunan OPA, Subang, Selangor pada 1 April, 1 Jun, 1 Ogos, 3 Okt dan 1 Dis 2023 serta 1 Feb 2024.

– LAGI 

MAHKAMAH-BUBBLEBEE 2 (AKHIR) SHAH ALAM 

Pertuduhan di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Di bawah Seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42. 

Prosiding hari ini dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri manakala Bubblebee, Shuib dan Koh diwakili peguam Muhammad Firdaus Shaik Alauddin. 

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan kepada Shuib dan Koh mengambil kira jumlah tunggakan yang tinggi. 

Muhammad Firdaus membantah sambil menegaskan ia merupakan kes saman selain anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan telah membuat aku janji untuk hadir pada setiap prosiding.  

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin kepada kedua-dua mereka sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Dis ini.  – BERNAMA 

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan