ARTIKEL

Sia Sitok 2.0 tawar lebih 60 pakej pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 60 pakej pelancongan menarik ditawarkan menerusi program kempen Sia Sitok 2.0 yang dilancarkan semalam. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program itu merupakan inisiatif kementeriannya bersama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk meningkatkan ekosistem pelancongan di negeri ini.

“Kempen ini bermula mulai hari ini (semalam) sehingga 15 Disember akan datang.

“Bagi mana-mana pihak yang berminat mengunjungi pelbagai tempat pelancongan menarik di Sarawak, mereka digalakkan membuat tempahan awal di laman web yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran Sia Sitok 2.0 di HotelWaterfront di sini, semalam.

Menurutnya, selain mengenakan diskaun 50 peratus kepada pengunjung, program ini juga memberi peluang kepada masyarakat menerokai pelbagai keunikan budaya yang terdapat di Sarawak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Apr 2021

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU