KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan menjangka siaran langsung Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia menerusi RTM dapat menyemarakkan minat rakyat terhadap sukan permotoran.
KBS berkata inisiatif itu turut menarik minat generasi muda serta memperkukuh penglibatan rakyat dalam acara sukan antarabangsa di negara ini.
Siaran itu membolehkan rakyat yang tidak berpeluang hadir ke Sepang International Circuit turut merasai kemeriahan perlumbaan berkenaan.
KBS merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Komunikasi dan RTM atas kerjasama merealisasikan siaran langsung tersebut.
Menurut Bernama, perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain GP 2026 itu berlangsung di Sepang International Circuit selepas litar tersebut dipilih sebagai tuan rumah sementara bagi perlumbaan Bahrain itu.



