ARTIKEL

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang

Siasat segera video tular didakwa hina institusi raja, Rukun Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa menjalankan siasatan segera serta menyeluruh berhubung penularan video pementasan teater yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara serta Rukun Negara.

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil sekiranya berlaku sebarang perlanggaran peraturan kerana kebebasan berkarya tidak boleh dijadikan alasan untuk menggugat keharmonian masyarakat mahupun mencetuskan provokasi.

Beliau turut menyifatkan video pementasan oleh The Fever Kinetic Theatre yang dimuat naik di Instagram itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan mengingatkan bahawa Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang wajib dihormati oleh segenap lapisan rakyat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyifatkan pementasan tersebut sebagai suatu pelanggaran adab serta kemungkaran sosial yang merosakkan ikatan keharmonian masyarakat majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa pihak penganjur memohon maaf secara terbuka di samping mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi terhadap pihak yang mempermainkan asas kenegaraan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan