ARTIKEL

MANTAP....(dari kiri) Nur Aleesya, Asyraff dan Hani Qurratu'ain

Silambam Sarawak peroleh dua perak, satu gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pelajar tingkatan tiga membantu Sarawak menambah dua pingat perak dan satu gangsa menerusi sukan Silambam yang berlangsung di Pusat Hikmah Exchange, sebentar tadi.

Sarawak melakar sejarah tersendiri apabila Asyraff Aqil Mohamad Zainurrin, 15, berjaya menempa nama beraksi di pentas final bertemu wakil Selangor, Lutrabalan.

Nasib tidak menyebelahi wakil tuan rumah yang terpaksa akur di tangga kedua selepas sekadar mengumpul 16 mata berbanding Selangor memperoleh 27 mata.

Hasrat Sarawak menggenggam pingat emas acara Silambam sekali lagi terkandas selepas Hani Qurratu’ain Samsudin tewas pada wakil Penang, Ranishaa Vasantha Kumar.

Aksi akhir kategori wanita berat atas 70kg menyaksikan kedua-dua atlet saling berbalas serangan namun pengalaman wakil Penang itu seakan-akan jelas selepas menguasai permainan dalam pusingan pertama.

Ranishaa menang kedua-dua pusingan sekali gus memperoleh 23 mata berbanding Hani mendapat 11 mata daripada pihak juri.

Sementara itu, seorang lagi prospek pelapis buat Sarawak, Nur Aleesya Zahierah Sali, 15, memperoleh pingat gangsa menerusi kategori wanita 60-70kg.

Beliau memenangi tempat ketiga bersama-sama wakil Sabah, Phideona Tilip selepas masing-masing terkandas di peringkat separuh akhir.

Acara terbabit diungguli wakil Kedah, Vinishya Pugeneswaran manakala tempat kedua dirangkul wakil Penang, Shangeetha Baskaran.

Peluang untuk Sarawak memperoleh emas dalam sukan Silamban masih terbuka berikutan terdapat dua acara yang akan berlangsung petang nanti.

Acara terbabit ialah synchronised bare hand dan synchronised weapon.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan