ARTIKEL

PEMENANG...Iskandar Turkee dan Jumaat Ibrahim (tengah) bergambar bersama pemenang.

Silat Tertutup Bintulu 2025 tarik sembilan pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebanyak sembilan pasukan dari Kuching, Sibu dan Bintulu mengambil bahagian dalam Kejuaraan Silat Tertutup yang diadakan di NAIM Mall Street Paragon, Bintulu.

Acara silat itu dianjurkan bagi memeriahkan suasana Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak 2025.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee dan turut dihadiri Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim.

Dalam ucapannya, Iskandar memuji dan menyambut baik inisiatif PMNS menganjurkan kejohanan tersebut yang menjadi platform terbaik mengekalkan warisan budaya Melayu.

Katanya, penganjuran kejohanan itu juga dapat menjadi landasan untuk menggalakkan belia khususnya di Bintulu dan sekitarnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Tahniah kepada PMNS atas penganjuran kejohanan ini. Inilah pendekatan yang baik untuk kita mencungkil bakat baharu dalam sukan silat,” ujar Iskandar.

Beliau berkata langkah tersebut dilihat selaras dengan usaha kerajaan Sarawak yang mahu menjadikan negeri ini sebagai kuasa sukan.

Sementara itu, Jumaat memberitahu pihaknya komited untuk meneruskan penganjuran kejohanan itu pada masa akan datang selagi mendapat sokongan daripada semua pihak.

Beliau turut memberi bayangan mahu menganjurkan kejohanan sama dalam skala lebih besar pada masa hadapan bagi menarik lebih ramai penyertaan.

Selain kejohanan silat, turut diadakan beberapa aktiviti pada hari terakhir Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak 2025.

Antaranya pertandingan dart, push bike dan e-sukan yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat serta belia setempat.

Pada masa sama, Iskandar turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori baharu iaitu berpasukan 5 lawan 5 berupa Piala Interclub Borneo.

Kategori baharu tersebut dimenangi oleh Kelab Muaythai Sting.

BERITA LAIN

Tiga laluan sekitar Padawan ditutup sementara esok

PADAWAN: Penutupan sementara beberapa laluan di sekitar DUN Mambong, Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawa akan dilaksanakan esok bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan

BERITA TERBARU

59 kes dadah direkodkan di Mahkamah Majistret Bau

BAU: Sebanyak 59 kes berkaitan dadah disenaraikan dalam laporan keputusan Mahkamah Majistret Bau bagi 26 dan 27 November, membabitkan pelbagai hukuman termasuk denda, penjara serta