INSTITUT Kemahiran Islam Malaysia Sarawak baru-baru ini menghadiri Majlis Kesyukuran Aidilfi tri Agensi-agensi Islam Sarawak yang di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching.
Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara agensi-agensi Islam di Sarawak dan meraikan Aidilfi tri pada Syawal.
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Presiden Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha turut hadir.
Sebanyak 17 agensi Islam, terdiri daripada JAKIM Sarawak, IKMAS, HIKMAH, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Sarawak, Jabatan Mufti Sarawak, Pusat Islamic Information Centre (IIC), PAIB Kuching, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), dan beberapa agensi lain, turut hadir untuk memeriahkan majlis



