ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret 3 oleh anggota polis.

Simpan Proton Arena curi, lelaki 34 tahun dipenjara lapan bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyimpan harta curi iaitu sebuah trak pikap kompak pada Isnin lalu (9 November).

Mohd Fathil, 34, mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan yang dibacakan di depan Majistret Leona Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Sekyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi, iaitu sebuah kereta Proton Arena.

Dia didakwa menyimpan harta curi terbabit di sebuah kampung di Kuching, sekitar jam 12.40 pagi pada 9 November lepas.

Menurut fakta kes, pada 8 November lalu, pengadu mendapati keretanya yang diletakkan di hadapan rumah di Lorong Bunga Tanjung, Kampung Pinang Jawa telah hilang semasa dia hendak menggunakannya.

Pengadu yang berusia 37 tahun itu terus membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sehari selepas kejadian, tertuduh ditangkap di sebuah kediaman di kampung yang sama.

Polis turut merampas sebuah kereta Proton Arena yang berada dalam simpanan tertuduh.

Hasil siasatan mendedahkan pengadu mengecam kereta terbabit sebagai miliknya berdasarkan nombor casis dan enjin.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AKPS sita ayam import Thailand tanpa permit sah

ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita hampir 25,000 kilogram (kg) produk ayam sejuk beku yang dibawa masuk tanpa permit import sah

BERITA TERBARU