ARTIKEL

SELEWENG… Minyak diesel subsidi yang diseleweng berjaya dirampas di sebuah banglo di Tanjung Lobang.

Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi Tumpas Di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang dipercayai beroperasi di sebuah banglo di Tanjung Lobang terbongkar selepas polis melakukan serbuan dan merampas pelbagai peralatan serta bahan api bernilai kira-kira RM131,079 dalam operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi bersepadu itu dijalankan sekitar 12 tengah hari oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Serbuan dilakukan ke atas sebuah banglo yang dipercayai dijadikan pusat penyimpanan dan transit diesel subsidi sebelum disalurkan kepada sindiket untuk tujuan jualan haram,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Farhan, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati empat lelaki tempatan berusia antara 42 hingga 52 tahun berada di premis berkenaan dan dipercayai menjalankan aktiviti penyelewengan bahan api tersebut.

Siasatan awal mendapati premis berkenaan disewa dan diubah suai sebagai stor operasi, dengan diesel subsidi diperoleh melalui pembelian oleh ‘runner’ di beberapa stesen minyak sekitar bandar raya Miri menggunakan kenderaan persendirian.

“Sindiket juga menggunakan bekas simpanan minyak mudah alih yang biasanya digunakan untuk mengisi dan membawa bahan api seperti petrol atau diesel.

“Bahan api itu kemudiannya dipindahkan ke tangki simpanan di premis sebelum dijual kepada pihak tertentu pada harga yang dipersetujui sindiket.

“Dalam serbuan tersebut, polis merampas kira-kira 15,000 liter minyak diesel, sebuah lori tangki berkapasiti 16,000 liter, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) serta pelbagai tangki simpanan dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya.

Kes katanya kini diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 20(1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU