ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar taklimat pemantapan tatakelola, inisiatif reformasi dan pencapaian Kementrian ketika hadir pada Program Ihya Ramadan Kementrian Pertahanan di Pangkalan Udara Subang hari ini. | Bernama

Sinergi baharu kementerian pertahanan, pemain industri perlu diwujudkan — PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan, bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring perubahan dan kecanggihan teknologi.

Perdana Menteri berkata permintaan itu disuarakan beliau ketika sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan di Pangkalan Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Anwar berkata pada sesi berkenaan beliau turut mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Keutamaan yang perlu diambil kira kepimpinan dan pengurusan, pastinya terkait status aset pertahanan, latihan, kebajikan, kerjasama dan kebersamaan seluruh pihak, selain mengenal pasti masalah atau isu yang berbangkit dalam mencari penyelesaian tuntas,” katanya.

Perdana Menteri berkata selesai sesi libat urus itu, beliau turut beramah mesra dengan juruterbang yang terlibat dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti sambutan Hari Kemerdekaan serta siri pameran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

“Kemampuan dan keupayaan mengendali pesawat dengan begitu cekap dan meyakinkan ini, membuktikan kemampuan anak watan dalam mengendali pesawat yang canggih dan moden dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara pada tahap terbaik,” katanya.

Di lokasi sama, Anwar kemudiannya turut dilapor menyantuni warga Kementerian Pertahanan sempena Program Ihya’ Ramadan 2025, dan menunaikan Solat Jumaat bersama-sama mereka di Masjid Al-Muhajirin yang terletak berdekatan pangkalan udara itu.

Selesai Solat Jumaat, beliau turut mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah masjid.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)