ARTIKEL

FOTO BERNAMA

Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari akan membuat perhitungan dengan pemain nombor dua dunia dari Mesir Hania El Hammamy bagi memburu slot ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong, pemain nombor enam dunia itu menewaskan Melissa Alves dari Perancis 11-8, 5-11, 11-5, 11-7, untuk melangkah ke suku akhir.

Hania pula menewaskan pemain Wales, Tesni Murphy, 11-6, 11-2, 7-11, 11-8, bagi melepasi pusingan kedua.

Sivasangari yang juga pilihan ketujuh kejohanan dijangka berdepan laluan sukar setelah hanya memenangi dua daripada lapan pertemuan terdahulu ke atas pemain Mesir itu yang diundi sebagai pilihan utama kejohanan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU