ARTIKEL

Fatimah bersama-sama yang lain menunjukkan poster SKS 2026 Mukah.

SKS Mukah tampil kelainan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah tampil dengan kelainan apabila menghimpunkan penyertaan 50 agensi yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada rakyat, menjadi antara penganjuran dengan penyertaan agensi dan perkhidmatan terbanyak setakat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, persiapan akhir program yang bermula 2 hingga 4 Oktober itu kini giat dilaksanakan selepas penganjurannya ditangguhkan daripada tarikh asal pada Ogos lalu.

Katanya, SKS Mukah merupakan edisi kelapan siri jelajah berkenaan dan akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 3 Oktober di Dataran Pehin Setia Raja, di sini.

“Tujuh kluster utama disediakan merangkumi pentadbiran bahagian dan daerah, digital serta inovasi, keusahawanan, pendidikan dan pembangunan modal insan, kesihatan, sosial dan kebajikan serta kaunter bayaran dan perkhidmatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dan persediaan SKS 2026 Bahagian Mukah di sini, hari ini.

Fatimah berkata, aspek peluang pekerjaan turut diberi perhatian menerusi temu duga terbuka JobSarawak yang menghimpunkan tujuh syarikat, termasuk Sarawak Oil Palm Berhad, Press Metal Sdn Bhd, Takaful Ikhlas, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd, Tradewinds Plantation, Rinwood Plantation dan TH Plantation.

Katanya, beberapa perkhidmatan baharu termasuk penyertaan Bank Negara Malaysia yang menyediakan semakan wang tidak dituntut serta khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan penstrukturan pinjaman, manakala Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) turut menawarkan perkhidmatan masing-masing termasuk permohonan kad nikah secara percuma.

“Saya mempelawa penduduk Mukah hadir beramai -ramai kerana kita juga menawarkan 85 hadiah menerusi e-Peraduan dengan hadiah utama sebuah kereta Proton Saga bernilai RM41,000,” tambahnya.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai