ARTIKEL

Sarawak meraikan kemenangan mereka ke atas Johor.

Skuad bola tampar Sarawak peroleh gangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Skuad bola tampar Sarawak berjaya menewaskan Johor pada aksi penentu tempat ketiga dan keempat, sebentar tadi.

Sarawak meraikan kemenangan mereka ke atas Johor.

Sarawak membawa pulang pingat gangsa walaupun terpaksa berdepan tentangan sengit Johor terutama pada awal perlawanan.

Set pertama Sarawak sedikit ketinggalan sebelum berjaya mengejar kedudukan dan berakhir dengan kemenangan 25-19 mata.

Bermain di hadapan lebih 500 penyokong, anak buah Pang Sii Chuong tidak memberi laluan mudah kepada Johor dengan bermula garang pada set yang kedua.

Sarawak kemudian berupaya memintas melalui kemenangan 25 -15.

Sarawak mendomininasi perlawanan pada set ketiga dengan bijak mencari peluang untuk meraih mata sebelum menang 25 – 19.

Jurulatih Pang Sii Chuong ketika ditemui media berpuas hati dengan prestasi permainan anak buahnya dalam perlawanan itu.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi