ARTIKEL

Sylvia Alexander Lian

Skuad Ragbi Wanita Sarawak Raih Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Misi memburu pingat skuad ragbi wanita Sarawak berakhir dengan meraih pingat perak dalam perlawanan akhir menentang Selangor yang berlangsung, sebentar tadi.

Pasukan ragbi wanita Sarawak meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi

Skuad tuan rumah melangkaui sasaran awal mereka yang hanya mengimpikan pingat gangsa.

Walaupun tewas 12-7 kepada pasukan Selangor dalam perlawanan akhir, prestasi pasukan itu tetap mendapat pujian dan pengiktirafan atas semangat juang serta kesungguhan mereka.

Ketua jurulatih ragbi wanita Sarawak, Sylvia Alexander Lian berkata, pencapaian yang diraih skuad berkenaan membuktikan mereka kini bersedia untuk beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang seterusnya iaitu pada 2026.

“Kami sangat berbangga dengan atlet kerana mereka bekerja keras, berlatih dengan tekun dan membuktikan pengorbanan mereka.

“Berpeluang mara ke peringkat akhir adalah satu pencapaian yang besar kerana selama dua kali SUKMA sebelum ini, kami selalu kalah di peringkat suku akhir,” katanya ketika ditemubual.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kejayaan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di Sarawak untuk menyertai sukan ragbi.

Terdahulu, pingat gangsa menjadi milik Terengganu.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu