ARTIKEL

Rachel Arnold

Skuasy: Rachel Arnold gagal mara di Mesir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2025 di Mesir selepas tewas di tangan pemain nombor empat dunia dari Amerika Syarikat, Olivia Weaver awal pagi tadi.

Pada pusingan kedua berlangsung di El Gouna Conference and Culture Centre, pemain ranking ke-20 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan selepas tewas dengan keputusan 7-11, 4-11, 4-11 dalam tempoh 24 minit.

Ia merupakan kekalahan keempat Rachel kepada Weaver selepas empat pertemuan.

Weaver akan berdepan pemain Belgium, Tinne Gilis pada suku akhir selepas pemain itu menewaskan pemain New Zealand, Joelle King.

Ahad lepas, perjalanan pemain skuasy utama wanita negara S. Sivasangari juga berakhir pada pusingan kedua apabila tewas di tangan wakil tuan rumah, Salma Hany.

Kejohanan kategori platinum itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD435,000 (kira-kira RM1,921,544) buat kedua-dua kategori lelaki dan wanita.– BERNAMA

BERITA LAIN

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.

BERITA TERBARU