ARTIKEL

SMK Julau berjaya capai sasaran SPM 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau berjaya meningkatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berbanding tahun sebelumnya dari segi kualiti dan kuantiti.

Dalam keputusan tersebut, SMK Julau mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 4.42 berbanding 4.88 pada tahun sebelumnya.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata beliau berbangga dengan pencapaian tersebut dan berharap sekolah itu terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam SPM 2025.

“Saya yakin dan berharap sasaran SPM 2025 iaitu GPS 3.72 dapat dicapai.

Saya mempunyai harapan tinggi agar pelajar kategori High Flyers memperoleh keputusan cemerlang atau ‘straight A’ dalam peperiksaan SPM 2025.

“Melalui penjelasan pengetua, saya faham bahawa sekolah telah melaksanakan pelbagai intervensi komprehensif sepanjang tahun ini melibatkan semua peringkat pelajar SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Graduasi SMK Julau 2025, malam kelmarin.

Larry, yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), menegaskan bahawa pendidikan amat penting dalam era globalisasi, dan beliau memuji usaha gigih sekolah melaksanakan pelbagai program akademik serta kokurikulum.

“Tahniah kepada pengetua dan guru-guru SMK Julau serta Pejabat Pendidikan Daerah Julau kerana sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan kepada sekolah-sekolah di daerah ini,” ujarnya.

Beliau turut percaya hubungan kerja antara sekolah di daerah Julau adalah kukuh dan berterusan, manakala sokongan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mampu meningkatkan prestasi pelajar.

“Saya mengucapkan tahniah kepada SMK Julau kerana berjaya memenangi beberapa pertandingan STEM termasuk Pertandingan Robotik Kebangsaan di Universiti Curtin Malaysia, Miri, serta Pertandingan Robot Antarabangsa Borneo di Hotel Meritz, Miri.

“SMK Julau juga telah memenangi Anugerah Emas dalam Pertandingan Istana Sains Kebangsaan Malaysia di Makarama Makerspace, Merdeka Plaza,” katanya.

Menurut Larry, kejayaan itu membuktikan bahawa pelajar SMK Julau mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar sekolah lain di seluruh negara.

“Lepasan SPM 2024 juga menunjukkan bahawa produk SMK Julau berjaya melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Saya difahamkan pelajar tidak menghadapi masalah kehadiran ke sekolah, dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menerapkan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar,” tambahnya.

Larry menegaskan, tanpa kerjasama ibu bapa, sukar bagi sekolah melaksanakan program dan intervensi akademik dengan berkesan.

Beliau turut menggesa pelajar untuk merebut peluang pendidikan percuma yang disediakan Kerajaan Sarawak di institusi pengajian tinggi negeri, dan menggunakan kelebihan tersebut untuk memperkukuh daya saing dalam pendidikan.

“Ramai pelajar dari Julau melanjutkan pengajian ke luar Sarawak termasuk di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Saya berharap mereka terus berusaha mencapai kejayaan dengan pemikiran positif dan semangat tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Larry menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan kini sedang menarik pelabur luar untuk membangunkan industri seperti kilang semikonduktor dan elektronik, yang memerlukan tenaga kerja mahir.

“Oleh itu, saya menggalakkan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang yang sejajar dengan keperluan pasaran kerja.

“Kita sedang menuju ke arah revolusi industri baharu yang membuka banyak peluang pekerjaan memerlukan golongan intelektual selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

“Terlalu ramai memilih bidang pengajian yang sama, namun kita mesti bersaing dengan semangat tinggi dan sentiasa percaya pada kemampuan diri sendiri,” tegas beliau memberi perangsang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan