ARTIKEL

SoftBank, Grab, PETROS labur RM4.07 bilion bangunkan AI di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: SoftBank Group Corp, Grab Holdings Limited dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) merancang pelaburan awal AS$1 bilion (kira-kira RM4.07 bilion) bagi membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) berskala besar di Sarawak.

Perkara itu diumumkan selepas ketiga-tiga pihak menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA), yang menjadi langkah susulan kepada Perjanjian Kerangka Kerja yang dimeterai 8 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, SoftBank dicadang menyumbang AS$800 juta, manakala Grab dan PETROS masing-masing AS$100 juta.

Pelaburan akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan pencapaian pembangunan projek, termasuk sasaran mendapatkan kontrak pelanggan serta memenuhi syarat penutupan yang ditetapkan.

Projek berkenaan akan diterajui dan majoritinya dimiliki SoftBank, dengan Grab dan PETROS bertindak sebagai rakan strategik.

Kerjasama itu menyasarkan pembangunan kapasiti pengkomputeran AI sehingga lima gigawatt dalam tempoh jangka panjang.

Kerjasama berkenaan turut merangkumi penerokaan peluang dalam rantaian nilai AI, termasuk kemudahan pengkomputeran dan perkhidmatan AI, teknologi canggih, robotik serta pembangunan tenaga kerja dan komuniti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS, Datuk Janin Girie berkata, inisiatif itu penting dalam membantu Sarawak bergerak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan teknologi dan inovasi sebagai pemacu pertumbuhan industri baharu.

“Kepakaran PETROS dalam tenaga dan pembangunan infrastruktur, termasuk menerusi Sarawak Gas Roadmap serta peranannya sebagai Pemaju Utama Kuching Low-Carbon Hub, akan membantu menyediakan asas tenaga dan industri bagi projek AI berkenaan.

“Projek ini dijangka menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab AI serantau menerusi AI Nation 2030, selain menyokong aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Beliau berkata, kemudahan berkenaan, apabila beroperasi sepenuhnya, dijangka antara infrastruktur AI berskala terbesar seumpamanya di Asia.

BERITA LAIN

PBT Sarawak digesa perkukuh integriti, cegah risiko rasuah

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak digesa memperkukuh tadbir urus dan integriti organisasi masing-masing menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) bagi memastikan risiko

BERITA TERBARU