ARTIKEL

Son Heung-min Kredit page Premier League

Son mahu trofi juara Piala Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOREA Selatan bermula baik dalam usaha untuk menjuarai Piala Asia selepas kali terakhir dimenangi pada 1960 apabila menewaskan Bahrain 3-1 kelmarin.

Pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in meledak dua gol dan satu gol menerusi Hwang In-Beom untuk memastikan permulaan cemerlang skuad Teageuk Warriors.

Kang-in telah mempamerkan aksi mengagumkan di PSG sejak menyertai pasukan itu dari Mallorca musim panas lalu dan dia membantu pasukan untuk meraih kemenangan selepas Bahrain menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu mempamerkan kemahiran hebatnya dengan dua jaringan separuh masa kedua untuk memastikan tiga mata buat Korea.
Penampilan pemain itu sangat berbeza berbanding kapten dan penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min selepas dia gagal menyempurnakan dua peluang dan turut dilayangkan kad kuning.

Namun, Heung-min sedang mengintai sesuatu yang ‘istimewa’ pada Piala Asia keempatnya selain memberi amaran kepada pasukan ia tidak akan datang dengan mudah.

Jepun, Australia, Iran dan Arab Saudi semuanya telah disebut-sebut sebagai pencabar utama bersama tuan rumah dan juara bertahan Qatar.

“Kami mempunyai pasukan yang hebat dan kami mempunyai pemain yang sangat berbakat, tetapi ini semua tentang komitmen.

“Kami mempunyai pasukan yang sukar dipercayai tetapi kami tidak memenanginya selama 64 tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu