ARTIKEL

SOP fasa endemik: Lancarkan pembukaan pelbagai sektor ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Semua kementerian yang berkaitan diminta meneliti kembali prosedur operasi standard (SOP) yang perlu bagi memastikan kelancaran pembukaan pelbagai sektor ekonomi tanpa ada kekangan, dalam menuju fasa endemik COVID-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menteri-menteri yang terlibat telah dimaklumkan mengenai perkara itu beberapa hari lepas.

Beliau berkata ini kerana Malaysia perlu mencari jalan untuk menyeragamkan peraturan mengenai SOP, dan beliau memberi contoh amalan sekarang yang membenarkan perjalanan ke Langkawi tanpa permit polis jika menggunakan penerbangan, dan wajib mendapatkan permit polis jika menggunakan pengangkutan darat.

“Kita kena melihat segalanya dengan perspektif yang sama, kerana tujuan kita adalah untuk melihat proses pemulihan tercapai dalam satu jangka masa yang tidak terlalu lama,” katanya ketika ditemu bual dalam Program Agenda Awani terbitan Astro Awani malam tadi.

Sementara itu Muhyiddin berkata beliau berharap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat meneruskan agenda pemulihan negara daripada COVID-19, termasuk dalam soal pemulihan ekonomi, dan memastikan kesejahteraan rakyat.

“Yang ini harus diberi perhatian oleh kerajaan dan di pihak saya, saya akan bantu laksanakan… asalkan tidak ada gangguan-gangguan politik yang berpanjangan,” katanya.

Beliau seterusnya menyifatkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) baru- baru ini dapat meredakan krisis politik negara dan membantu mengembalikan fokus kepada usaha memulihkan negara.

Sementara itu merujuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan minggu depan, Muhyiddin berkata ia perlu perlu mengambil kira bentuk-bentuk sokongan daripada sudut kerajaan dan swasta supaya sektor ekonomi dan sosial akan terus dapat dibuka.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU