ARTIKEL

SOS Kuching minta Nelson pulangkan 70 ekor kucing yang diambil tanpa kebenaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Kebajikan Haiwan Jalanan Kuching (SOS Kuching) meminta individu dikenali sebagai Nelson untuk memulangkan semula 70 ekor kucing yang diambilnya tanpa kebenaran pemilik.

Menurut persatuan itu, pihaknya membuat laporan polis ekoran aduan yang dikemukan oleh anak pemilik kucing itu pada malam tadi.

Katanya, lelaki terbabit telah datang ke rumahnya di Jalan Chawan pada jam 9.30 malam dan mengambil kira-kira 100 ekor kucing tersebut yang disimpan di dalam sangkar peliharaan rumah mereka.

“Tujuan Nelson mengambil kucing-kucing tersebut juga tidak diberitahu dan apabila dihubungi, panggilan juga tidak dijawab,” kata persatuan itu kepada media di Balai Polis Sungai Maong, di sini hari ini.

Katanya, kucing-kucing berkenaan didakwa dilepaskan di Kampung Gersik dan Kampung Boyan, bagaimanapun tiada kelibat kucing berkenaan ditemui.

Setakat ini, jelasnya, hanya 30 ekor kucing telah dikembalikan oleh keluarga tersebut pada pagi tadi.

Justeru SOS Kuching memohon agar Nelson mengembalikan 70 ekor kucing tersebut kepada ahli keluarga tersebut.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan