ARTIKEL

PRESIDEN PBBS, Mohd. Azri Johari.

SPL 2026: PBBS anjur sesi pemilihan pemain Liga Premier Sarawak 2026 di Samarahan esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi membentuk skuad untuk menghadapi Liga Premier Sarawak 2026.

Presiden PBBS, Mohd. Azri Johari memberitahu bahawa sesi pemilihan pemain akan berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad (25 dan 26 Julai) bertempat di padang bola sepak Lot Fasa 1 Kampung Tanjung Bundong.

Menurut Azri, pihak beliau menyeru pemain berbakat di sekitar Samarahan agar hadir beramai-ramai ke lokasi berkenaan bagi menyertai sesi pemilihan tersebut.

“Sesi pemilihan dua hari itu kelak akan dikendalikan oleh tiga jurulatih berpengalaman iaitu Ideris Untong sebagai ketua jurulatih, selain dua penolong jurulatih iaitu Awang Jobli Awang Bidin dan Teruna Haji Jeman,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berkata, sesi pemilihan akan bermula pada pukul 7.30 pagi untuk kedua-dua hari berkenaan.

Beliau menambah, pencarian pemain itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

“Tiada had umur ditetapkan untuk pemilihan itu kelak, ia terbuka kepada semua peringkat umur,” tambah Azri.

Beliau turut menyatakan bahawa sesi latihan penuh bagi pembentukan skuad terbabit akan dijalankan sebaik sahaja senarai pemain yang dikenal pasti dimuktamadkan.

Menurut Azri, pihaknya komited untuk membentuk pasukan lebih awal bagi menghadapi kejohanan berprestij itu.

Meskipun begitu, pada dasarnya belum ada gambaran jelas berhubung tarikh, syarat serta format pertandingan.

Untuk rekod, skuad Samarahan menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Premier Sarawak 2025/2026, selain muncul naib juara bagi saingan Piala Premier Sarawak 2025/2026.

BERITA LAIN

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier

BERITA TERBARU

PATUH 2026 perkukuh perlindungan pengguna di Telaga Air

KUCHING: Peniaga diingatkan supaya mematuhi undang-undang perdagangan, termasuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang serta sukat yang sah, menerusi pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan

Integriti, akauntabiliti perlu seiring kemajuan AI – Nancy

KUCHING: Kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berupaya melaksanakan tugasan kompleks menuntut pengawasan manusia, integriti dan akauntabiliti bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab. Menteri