SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan poster infografik yang memaparkan Perikatan Nasional (PN) mendahului undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, dengan menjelaskan maklumat yang tular di media sosial itu adalah palsu.
SPR memaklumkan proses pengiraan undi awal hanya akan bermula pada 5 petang, Sabtu ini, selepas selesai urusan pengundian biasa.
Suruhanjaya itu turut menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih serta tidak menyebarkan atau mempercayai berita palsu yang boleh menjejaskan kelancaran proses pilihan raya.
Pengundian awal semalam melibatkan 22,339 pemilih, dengan 14,995 orang atau 91.06 peratus telah menunaikan tanggungjawab mengundi, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan SPR.
Seramai 867,151 pemilih biasa akan mengundi pada Sabtu ini bagi memilih wakil rakyat baharu untuk mengisi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi 103 calon seperti dilapor Bernama.



