KUCHING: Skuad sang merpati putih, Sri Aman ‘B’ bersedia untuk memulakan tugas di Pusingan Akhir Liga SSC-FAS Bawah 20 Tahun, Piala Tun Pehin Sri Abdul Taib 2023 yang akan berlangsung di Mukah bermula dari 16 hingga 21 Oktober ini.
Misi serampang dua mata diletakkan barisan kendalian jurulatih yang semakin digeruni kredibilitinya, Sufian Ibrahim.
Bertekad untuk cuba menampilkan aksi terbaik sepanjang saingan. Selain, mahu memastikan Sri Aman ‘B’ mara ke peringkat separuh akhir
“Kita akan cuba menampilkan aksi terbaik sepanjang saingan. Selain, mahu menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik,” ujar Sufian kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Suffian, diketahui pusingan akhir yang turut melibatkan lapan pasukan terbaik dari empat zon berbeza.
Justeru, beliau akui tekanan hebat bakal dilalui pemain nanti terutama pasukan lawan yang akan dihadapi.
“Apa yang pasti, persiapan kami berjalan lancar dan ia penanda aras terbaik untuk siap siasa,” tambah Suffian lagi.



