ARTIKEL

Sri Aman sedia beri tentangan

LIGA PREMIER SARAWAK 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Pasukan Sri Aman sedia memberikan aksi terbaik pada kempen Liga Premier Sarawak 2025 yang akan bermula hujung September depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Datuk Francis Harden Ak Hollis menegaskan meskipun belum diketahui akan kekuatan pasukan lawan pada kejohanan berprestij itu kelak.

Beliau percaya barisan pemain yang terpilih akan diberi kepercayaan menyarung jersi pasukan Sri Aman kelak pasti berazam ke arah itu.

“Kita telah melantik jawatankuasa yang bertanggungjawab membentuk pasukan Sri Aman bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2025.

“Apa yang pasti, kita percaya pemain akan berusaha memberikan yang terbaik,” ujar Francis yang ditemui Arena Suara Sarawak selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025 di Kompleks Sukan Sri Aman petang tadi.

Beliau pada masa sama secara berseloroh membayangkan bahawa pasukan Sri Aman dapat menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik.

Dalam pada itu, Francis yakin jawatankuasa yang dilantik sudah mengenal pasti pemain berpotensi untuk mewakili Sri Aman dalam kejohanan itu kelak.

SEBAGAI KENANGAN…Datuk Francis Harden Hollis (berdiri ditengah) sempat merakam gambar bersama pemain kedua-dua pasukan.

Liga Premier Sarawak 2025 akan bermula hujung September depan dan menyaksikan pembabitan 13 pasukan, 12 bahagian termasuk pasukan PDRM.

Format liga secara timbal balik yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Zon Utara yang bakal menghimpunkan enam pasukan iaitu Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu dan Kapit.

Sementara itu, Zon Selatan dengan tujuh pasukan iaitu Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian, Samarahan, Kuching dan PDRM.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah