ARTIKEL

STA puji komitmen kerajaan Sarawak berhubung pindaan SLO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA) memuji kerajaan negeri atas komitmen berterusan dalam memajukan pindaan Ordinan Buruh Sarawak (SLO) serta usaha berterusan melibatkan agensi persekutuan bagi memperhalusi lagi Ordinan berkenaan.

Setiausaha Kehormat STA Wong Ting Chung berkata ini termasuk cadangan peruntukan yang memerlukan perundingan terlebih dahulu bagi pindaan masa depan SLO, seperti yang dijelaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala sebagai respons kepada kritikan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) terhadap kerajaan negeri kerana kurang usaha untuk meminda ordinan itu.

“Sebagai sebuah industri, kami bersungguh-sungguh meminta sokongan semua pihak berkepentingan, termasuk SBEU, dalam menyokong kerajaan Sarawak ketika mereka gigih menangani isu-isu penting yang terletak di tengah-tengah pentadbiran negeri,” kata Wong dalam satu kenyataan.

Beliau berkata adalah penting kerajaan negeri diiktiraf atas komitmen teguh dan langkah-langkah berpandangan ke hadapan dalam menangani dan mengatasi cabaran masa depan, khususnya berkaitan kebajikan dan kemajuan pekerja Sarawak.

“Kami mengiktiraf dan memuji nilai besar dan pandangan jauh yang terkandung dalam cadangan kerajaan negeri untuk peruntukan perundingan dalam SLO.

Baca lain  48 polis S'wak, Sabah tamat kursus antipemerdagangan dan antipenyeludupan migran

“Sehubungan itu, kami berdiri teguh di belakang dasar dan keputusan kerajaan negeri, menghargai manfaat jangka panjang yang signifikan berkaitan dengan memasukkan peruntukan yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata STA menegaskan dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong inisiatif berwawasan kerajaan negeri yang bertujuan melindungi hak dan kepentingan pekerja di Sarawak, sekali gus memupuk kemajuan dan kemakmuran untuk negeri ini.

Bulan lalu, SBEU menyelar kerajaan negeri kerana tidak meminda SLO walaupun Akta Kerja telah dipinda dua kali – sekali pada 2007 dan sekali lagi pada 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SBEU Andrew Lo, tiada alasan untuk negeri itu tidak meminda ordinan itu agar setanding dengan Akta Pekerjaan di Semenanjung Malaysia memandangkan seorang ahli ekonomi Bank Dunia menyifatkan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi.

“Adalah satu travesty bahawa pekerja di Kelantan, yang dikuasai oleh PAS (Parti Islam Se-Malaysia) selama beberapa dekad, dapat menikmati faedah dan perlindungan yang lebih baik daripada pekerja di negeri berpendapatan tinggi di Sarawak,” kata Lo.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU