ARTIKEL

STR diterima 20 Jan ini, SARA diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 diteruskan tahun ini dan akan dikreditkan pada 9 Feb depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bantuan itu membabitkan 2.2 juta rakyat Malaysia dan berharap ia akan digunakan bagi melakukan persiapan menyambut ketibaan Ramadan serta Tahun Baharu Cina.

“Bantuan ini dikreditkan pada 9 Feb bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Jan manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu yang berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Jan ini.–BERNAMA

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU