ARTIKEL

Kullin Djayang

STU Seru Kerajaan Kekal Subsidi Bahan Api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyeru kerajaan supaya mengekalkan subsidi bahan api dan menyediakan bantuan data Internet untuk guru, sejajar pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) yang dijadualkan bermula 15 April ini.

Presiden STU Kullin Djayang menjelaskan, walaupun BDR dianggap kurang berkesan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDP), bagaimanapun ia perlu dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Beliau menambah, pengekalan harga subsidi petrol Budi95 pada RM1.99 seliter, pemberian 300 liter petrol sebulan untuk setiap guru termasuk harga diesel RM2.15 seliter adalah langkah penting untuk meringankan beban warga pendidik di negeri ini.

Selain itu, kesatuan itu turut mencadangkan kerajaan menyediakan kemudahan data Internet atau bantuan kewangan untuk membeli kuota bagi membolehkan guru menyediakan bahan PDP secara dalam talian.

“Langkah ini juga penting bagi pelajar yang sukar hadir ke sekolah kerana faktor jarak atau kos.

“Sokongan ini akan memastikan proses PDP tidak terganggu dan guru dapat mengekalkan kualiti pengajaran walaupun dalam situasi sukar,” katanya kepada Suara Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU